BAB 1 : PENGENALAN EKONOMI (Soalan kuantitatif & esei)




1. Rajah di bawah menunjukkan kombinasi pengeluaran bagi barang X dan barang Y.




Berdasarkan rajah di atas,
(a) Tentukan
(i) Kombinasi pengeluaran yang dapat dikeluarkan [1m]

(ii) Kombinasi pengeluaran yang paling cekap [1m]

(iii) Kombinasi pengeluaran yang tidak dapat dikeluarkan [1m]

(iv) Kombinasi pengeluaran yang tidak cekap [1m]

(b) Kuantiti barang X dan barang Y yang dapat dikeluarkan apabila memilih kombinasi pengeluaran [4m]
(i)   P 
(ii)  B 
(iii) C 
(iv)  K





2. Jadual di bawah menunjukkan kemungkinan pengeluaran barang bagi sebuah ekonomi yang mengeluarkan 2 jenis barang iaitu barang A dan barang B.



Berdasarkan jadual di atas,
(a) Lakarkan keluk kemungkinan pengeluaran. [2m]

(b) Berapakah barang A yang harus dikeluarkan untuk memperolehi 30 unit barang B. [1m]

(c)  Sekiranya kombinasi pengeluaran berubah dari Q ke S, berapakah kos lepas pengeluaran barang A. [1m]

(d)  Hitung kos lepas seunit pengeluaran A pada kombinasi R. [2m]

(e) Andaikan daya pengeluaran bagi barang A dan B meningkat 10% dan 20%.
(i)Tunjukkan berapa banyak barang A dan barang B boleh dikeluarkan pada setiap kombinasi dalam bentuk jadual. [3m]
(ii) Lakarkan keluk kemungkinan pengeluaran selepas berlaku perubahan daya pengeuaran. [1m]




3. Rajah di bawah menunjukkan keluk kemungkinan pengeluaran barang X (unit) dan barang Y (unit).


 

(a) Tentukan kombinasi pengeluaran yang paling cekap. [1m]


(b) Adakah kombinasi pengeluaran F dapat dikeluarkan? Berikan sebab. [2m]


(c) Adakah kombinasi pengeluaran G dapat dikeluarkan? Berikan sebab. [2m]


(d) Hitung
(i) Kos lepas apabila kombinasi pengeluaran berubah dari A ke D. [1m]
(ii) Kos lepas seunit apabila kombinasi pengeluaran berubah D ke B. [2m]


(e) Jelaskan dua (2) faktor yang memungkin pengeluaran pada kombinasi F. [4m]





4. Jadual di bawah menunjukkan kombinasi pengeluaran bagi dua jenis barang dalam ekonomi


Kombinasi
Barang pengguna
(unit)
Barang modal
(unit)
A
0
100
B
10
80
C
20
60
D
30
40
E
40
20
F
50
0



(a) Apakah jenis kos lepas yang dihadapi oleh ekonomi ini? [1m]


(b) Lakarkan keluk kemungkinan pengeluaran. [2m]


(c) Adakah kombinasi pengeluaran 25 unit barang pengguna dan 60 unit barang modal dapat dikeluarakan? Berikan alasan? [2m]


(d) Adakah kombinasi pengeluaran 40 unit barang pengguna dan 18 unit barang modal dapat dikeluarakan? Berikan alasan? [2m]


(e) Hitung kos lepas bagi
(i) Pengeluaran 20 unit barang pengguna. [1m]
(ii) Pengeluaran 80 unit barang modal. [1m] 


(f) Hitung kos lepas seunit bagi
(i) Pengeluaran barang pengguna. [2m]
(ii) Pengeluaran barang modal. [2m]





5. Jadual di bawah menunjukkan kombinasi pengeluaran barang pengguna dan barang modal bagi sebuah ekonomi ekonomi

Kombinasi
A
B
C
D
E
Rumah  (unit)
100
90
70
40
0
Jentera  (unit)
0
5
10
15
20

(a) Berdasarkan jadual di atas, lakarkan keluk kemungkinan pengeluaran dengan jentera di paksi mendatar. [2m]  


(b) Nyatakan bentuk dan mengapa keluk kemungkinan pengeluaran berbentuk sedemikian. [2m]

(c) Hitung kos lepas
(i) Mengeluarkan 100 unit rumah. [1m]
(ii) Mengeluarkan seunit jentera pada setiap kombinasi. [4m]


(d) Dengan menggunakan rajah yang sama dalam soalan 1 (a), tandakan,
(i) Titik P sebagai kombinasi 30 unit rumah dengan 15 unit jentera dan titik Q sebagai kombinasi 90 unit rumah dengan 10 unit jentera.[2m]
(ii) Lakarkan keluk kemungkinan pengeluaran baru apabila berlaku kemasukan buruh asing dalam sektor pembinaan. [1m]




6. Rajah di bawah menunjukkan kombinasi kemungkinan pengeluaran barang pertanian (tan) dan barang perkilangan (unit)


(a) Mengapakah keluk kemungkinan pengeluaran berbentuk sedemikian? [1m]


(b) Hitung kos lepas
(i) Mengeluarkan 95 tan barang pertanian. [1m]
(ii) Mengeluarkan seunit barang perkilangan apabila pengeluaran berubah daripada kombinasi C ke D. [2m]


(c) Apakah yang berlaku pada kombinasi pengeluaran 50 tan barang pertanian dan 40 unit barang perkilangan? Jelaskan. [2m]


(d) Peningkatan teknologi dalam pengeluaran barang perkilangan menyebabkan output meningkat sebanyak 40%
(i) Bina jadual yang menunjukkan perubahan dalam pengeluaran barang perkilangan. [2m]
(ii) Lakarkan kesan perubahan d(i) kepada keluk kemungkinan pengeluaran. [2m]





7. Berbantukan keluk kemungkinan pengeluaran, terangkan konsep
(a) Kekurangan. [2m] 
(b) Pilihan. [2m] 
(c) Kos lepas. [2m] 
(d) Ketakcekapan. [2m] 
(e) Ketakcukupan. [2m]



8. Jelaskan bagaimana sistem ekonomi pasaran bebas menyelesaikan tiga (3) masalah asas ekonomi. [7m]



9. Huraikan lima (5) sebab kerajaan perlu campur tangan dalam kegiatan ekonomi. [10m]





7 comments:

  1. jawapan nnt snap dan email kepada saya, abgnik6@gmail.com

    ReplyDelete
  2. can you pls send me the answers? to tyka.studies@gmail.com

    ReplyDelete
  3. Cikgu, saya nak jawapan. Boleh send dekat email ini

    m.faizal@edidik.edu.my

    ReplyDelete
  4. can you pls send me the answers?to nursabrina6013@gmail.com

    ReplyDelete