BAB 2 : PERMINTAAN DAN PENAWARAN (Soalan Struktur)



1. Apakah yang dimaksudkan dengan hukum permintaan [2m]


2. Nyatakan lima (5) faktor yang menyebabkan berlaku pertambahan permintaan [5m]


3. Lakarkan rajah yang menunjukkan perubahan permintaan kesan daripada pengurangan pendapatan pengguna [2m]


4. Apakah yang dimaksudkan dengan hukum penawaran [2m]


5. Nyatakan lima (5) faktor yang menyebabkan peralihan keluk penawaran ke kanan [5m]


6. Lakarkan rajah yang menunjukkan perubahan penawaran kesan daripada peningkatan tingkat teknologi [2m]


7. Takrifkan lebihan pengguna dan lebihan pengeluar [2m]


8. Dengan menggunakan rajah yang sesuai, Lorekkan kawasan lebihan pengguna dan lebihan pengeluar [3m]



9. Jelaskan dasar harga minimum dan terangkan kesan dan tujuannya [3m]


10. Jelaskan dasar harga maksimum dan terangkan kesan dan tujuannya [3m]


11. Apakah yang dimaksudkan dengan

(i)   keseimbangan pasaran [1m] 
(ii)  lebihan permintaan [1m] 
(iii) lebihan penawaran [1m]


12. Lakarkan rajah keseimbangan pasaran ayam.  Jelaskan kesan kepada harga dan kuantiti keseimbangan pasaran ayam apabila berlaku

(i)   Peningkatan wabak penyakit selsema burung [3m]
(ii)  Pengurangan harga makanan ayam di pasaran [3m]


13. Dengan menggunakan rajah yang sesuai, jelaskan kesan terhadap pasaran ikan dari segi harga, kuantiti, lebihan pengguna dan lebihan pengeluar apabila
(i)   Kerajaan melaksanakan dasar harga minimum [6m] 
(ii)  Kerajaan melaksanakan dasar harga maksimum [6m]
(iii) Kerajaan mengenakan cukai jualan [5m]
(iv)  Kerajaan memberi bantuan subsidi [5m] 



1 comment:

  1. The Hotel in Las Vegas, NV - MapYRO
    Las 전주 출장마사지 Vegas Casino Hotel · Check-in time: 8:00am – 제주 출장마사지 3:00pm. Check-out time: 6:00pm. 제천 출장샵 View 보령 출장마사지 map. Las Vegas Hotel. View 의왕 출장샵 available locations.

    ReplyDelete