BAB 3 : KEANJALAN PERMINTAAN DAN PENAWARAN (Soalan Kuantitatif & Esei)



1. Jadual di bawah menunjukkan hubungan antara tingkat harga dengan kuantiti diminta barang X.


Harga
(RM)
Kuantiti diminta
(unit)
0
60
1.00
50
2.00
40
3.00
30
4.00
20
5.00
10
6.00
0

(a) Hitung nilai keanjalan permintaan harga barang X, 
(i) Apabila harga meningkat dari RM2.00 kepada RM4.00 [2m]
(ii) Berdasarkan nilai keanjalan yang diperolehi tentukan darjah keanjalan [1m] 
(iii) Apakah yang anda faham tentang nilai keanjalan tersebut? [1m]

 (b) Hitung nilai keanjalan permintaan harga barang X,
(i) Apabila harga turun dari RM5.00 kepada RM3.00 [2m] 
(ii) Berdasarkan nilai keanjalan yang diperolehi tentukan darjah keanjalan [1m]
(iii) Apakah yang anda faham tentang nilai keanjalan tersebut? [1m]

(c) Hitung nilai keanjalan permintaan harga dan nyatakan darjah keanjalannya. Pada harga
(i) RM1.00 [2m]
(ii) RM3.00 [2m]
(iii) RM5.00 [2m]




2. Terangkan empat (4) sebab yang menentukan keanjalan permintaan harga terhadap sesuatu barang. [10m]





3. Jadual berikut menunjukkan hubungan antara tingkat pendapatan, harga barang A, kuantiti diminta barang A dan kuantiti diminta barang B.


Pendapatan (RM)
Harga barang A
Kuantiti diminta barang A (unit)
Kuantiti diminta barang B (unit)
200.00
2.00
19
4
220.00
4.00
15
12
240.00
6.00
12
18
260.00
8.00
10
22


(a) Hitung keanjalan permintaan harga barang A
(i) Apabila harga turun daripada RM4.00 kepada RM2.00. [2m] 
(ii) Jelaskan darjah keanjalannya. [1m]

(b) Hitung keanjalan permintaan silang antara barang A dan barang B, 
(i) Apabila harga naik daripada RM4.00 kepada RM6.00. [2m]
(ii) Jelaskan hubungan barang tersebut serta berikan contoh yang sesuai . [2m]

(c) Hitung keanjalan permintaan pendapatan barang B,
(i) Apabila pendapatan meningkat daripada RM220.00 kepada RM260.00. [2m] 
(ii) Jelaskan jenis barang tersebut serta berikan contoh yang sesuai. [2m]

4. (a) Jadual di bawah menunjukkan harga kasut dan kuantiti diminta kasut, stoking dan selipar.



Harga kasut
(RM)
Kuantiti kasut (pasang)
Kuantiti stoking (pasang)

Kuantiti selipar (pasang)
10.00
11.00
30
25
60
40
20
X


(i) Hitung keanjalan permintaan kasut apabila harganya turun. [2m]
(ii) Hitung keanjalan silang kasut dengan stoking apabila harga kasut meningkat. Jelaskan hubungan antara kedua-dua barang tersebut. [3m]
(iii) Andaikan keanjalan permintaan silang ialah 7.5, hitung kuantiti selipar yang dibeli apabila harga kasut meningkat. [2m]


     (b) Jadual di bawah menunjukkan harga stoking dan kuantiti diminta untuk stoking dan selipar.


Harga stoking
(RM)
Kuantiti stoking (pasang)
Kuantiti selipar (pasang)

10.00
11.00
50
45
30
30


(i) Hitung keanjalan silang stoking dan selipar apabila harga stoking meningkat. Jelaskan hubungan antara kedua-dua barang tersebut. [3m]




5. Berbantukan rajah, terangkan kesan perubahan harga terhadap jumlah perbelanjaan jika keanjalan permintaan adalah anjal dan tak anjal dengan menggunakan keluk permintaan yang sama. [10m]



6. Fungsi penawaran bagi firma X, firma Y dan firma Z adalah seperti berikut:
P = 40 + 20Q
P =10 + 10Q
P = 60 + 20Q
dengan P ialah harga (RM) dan Q ialah kuantiti ditawar (unit)

 (a) Hitung kuantiti ditawar di pasaran pada harga RM100.00 dan RM150.00 [2m]

(b) Hitung keanjalan penawaran apabila harga meningkat dari RM100.00 kepada RM150.00 bagi 
(i) Firma Y [2m]
(ii) Pasaran [2m]
 (c) Tafsirkan nilai keanjalan penawaran firma Y [1m]

(d). Terangkan dua (2) sebab yang menentukan keanjalan penawaran terhadap sesuatu barang. [5m]



 




2 comments:

  1. Hai sis, nak tanya soalan ni takde skema jawapan ke sis, kalau ade saya nak blh???

    ReplyDelete