BAB 4 : TEORI PELAKUAN PENGGUNA (Soalan kuantitatif & Esei)


1. Jadual di bawah menunjukkan jumlah utiliti yang diperolehi oleh Nik Dhia Maisarah daripada kuantiti oren yang dibelinya. Harga sebiji oren ialah RM2.00


Oren 
(kg)
Jumlah utiliti (util)
1
4
2
7
3
9
4
10
5
10
6
9

(a) Hitung utiliti sut bagi setiap tingkat penggunaan buah oren. [2m]


(b) Jelaskan sama ada Nik Dhia Maisarah dapat memaksimumkan kepuasannya pada tingkat penggunaan oren sebanyak
(i) 2 kg [1m]
(ii) 5 kg [1m]
serta jelaskan tindakan yang perlu dilakukan oleh Nik Dhia Maisarah bagi memaksimumkan kepuasannya. [2m]



(c) Hitung jumlah perbelanjaan Nik Dhia Maisarah, pada penggunaan oren yang dapat memaksimumkan kepuasan. [1m]



2. Jadual di bawah menunjukkan jumlah utiliti yang diperolehi oleh seorang pengguna daripada penggunaan barang K dan barang L.


Kuantiti
(unit)
Jumlah utiliti (util)
Barang K
Barang L
1
10
12
2
18
22
3
24
30
4
28
37
5
30
43
6
31
47


(a) Hitung utiliti sut bagi barang K dan barang L. [4m]

(b) Sekiranya harga barang K ialah RM2.00 seunit dan harga barang L ialah RM4.00 seunit manakala pendapatan pengguna ialah RM20.00
(i) Hitung kuantiti barang K dan barang L yang dapat memaksimumkan kepuasan. [2m]
(ii) Hitung jumlah utiliti pada tingkat keseimbangan. [2m]
  




3. Jadual di bawah menunjukkan utiliti sut barang X dan utiliti sut barang Y seorang pengguna.


Kuantiti
(unit)
Utiliti sut barang X
(util)
Utiliti sut barang Y
(util)
1
60
80
2
48
68
3
36
48
4
24
32
5
12
16

Andaikan pendapatan pengguna ialah RM20.00. Harga barang X ialah RM2.00 dan harga barang Y ialah RM4.00
(a) Hitung utiliti sut per ringgit bagi barang X dan barang Y. [3m]

(b) Berapakah kuantiti barang X dan barang Y yang dapat memaksimumkan kepuasan? [2m]

 (c) Jika harga barang X meningkat kepada RM4.00
(i) Hitung utiliti sut per ringgit bagi barang X. [2m]
(ii) Nyatakan kombinasi barang X dan barang Y baharu yang dapat memenuhi syarat keseimbangan. [1m]
(iii) Bina jadual dan lakarkan keluk permintaan bagi barang X. [3m]





4. Jadual di bawah menunjukkan kuantiti dua barang yang dibeli oleh Amsyar. Andaikan harga barang M ialah RM8.00, harga barang N ialah RM4.00 dan pendapatannya ialah RM52.00.


Kuantiti
(unit)
Jumlah utiliti (util)
Barang M
Barang N
1
32
56
2
60
104
3
84
136
4
104
160
5
116
170
6
126
176
7
134
178

(a) Jelaskan syarat keseimbangan pengguna bagi barang M dan barang N tertakluk kepada kekangan pendapatan. [2m]

(b) Hitung utiliti sut per ringgit bagi setiap barang. [4m]

(c) Berapakah jumlah barang M dan N yang boleh dibeli oleh Amsyar untuk mencapai keseimbangan pengguna? [3m] 

(d) Berapakah jumlah utiliti yang diperolehi oleh Amsyar pada tingkat keseimbangan? [2m] 

(5) Dengan menggunakan rajah yang sesuai, jelaskan hubungan di antara jumlah utiliti dengan utiliti sut. [6m]






1 comment: