BAB 2 : PERAKAUNAN PENDAPATAN NEGARA (Soalan kuantitatif & Esei)


1. Jadual di bawah menunjukkan data pendapatan negara bagi sebuah ekonomi.
Butiran
RM juta
Keluaran Dalam Negeri Kasar harga pasaran (KDNK hp)
10 590
Pendapatan faktor ke luar negara
6 250
Pendapatan faktor dari luar negara
4 389
Cukai tak langsung
1 200
Susut nilai
2 870
Subsidi
2 652
Berdasarkan jadual di atas, hitung :
a) Pendapatan faktor bersih luar negara [2m]
b) Keluaran Negara Kasar harga pasar [2m]
c) Keluaran Negara Kasar kos faktor [2m]
d) Keluaran Negara Bersih kos faktor [2m]
e) Jelaskan hubungan antara KNK hp dengan KNK kf [5m] 



2.  Jadual di bawah menunjukkan Keluaran Dalam Negari Kasar (KDNK) dan Keluaran Negara Kasar (KNK) pada tahun 2015 dan 2016 bagi sebuah negara.
Butiran
Tahun
2015
2016
Keluaran Dalam Negeri Kasar (RM juta)
257 890
298 600
Keluaran Negara Kasar (RM juta)
243 520
265 400
a) Berapakah pendapatan faktor bersih luar negara (PFBLN) pada tahun 2015 dan 2016? [2m]
b) Jelaskan hubungan antara KNK dengan KDNK. [4m]
c) Dengan menggunakan data KDNK, Hitung kadar pertumbuhan ekonomi pada tahun 2015 dan 2016. [2m]
d) Antara KDNK dengan KNK yang manakah lebih sesuai digunakan untuk mengukur kadar pertumbuhan ekonomi negara? Mengapa? [2m]


3. Jadual di bawah menunjukkan KNK norminal dan indeks harga pengguna di sebuah negara.
Tahun
Indeks harga pengguna
KNK norminal
(RM juta)
2015
112.3
71 965
2016
119.6
78 680
2017
121.4
80 800
2018
123.9
82 984
2019
125.7
85 743
a) Apakah yang dimaksudkan dengan KNK benar? Jelaskan bagaimana KNK benar dapat dihitung. [3m]
b) Hitung KNK benar dari tahun 2015 hingga 2019. [5m]
c) Hitung kadar inflasi dari tahun 2015 hingga 2019. [4m]  
  


4. Jadual di bawah menunjukkan data perakaunan pendapatan negara bagi sebuah negara pada tahun 2017.
Butiran
RM juta
Perbelanjaan penggunaan awam
86 590
Perbelanjaan penggunaan swasta
30 250
Pembentukan modal tetap kasar swasta
27 389
Pembentukan modal tetap kasar awam
20 200
Susut nilai
10 870
Subsidi
10 652
Perubahan inventori
-8 560
Pendapatan faktor bersih dari luar negara
18 056
Cukai tak langsung
6 650
Eksport
35 750
Import
26 320
a) Jelaskan mengapakah perubahan stok bernilai negetif? [1m]
b) Hitung Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) pada harga pasaran. [2m]
c) Hitung Keluaran Negara Bersih (KNB) pada kos faktor. [2m] 
d) Sekiranya KNB pada kos faktor pada tahun 2016 ialah RM153 260 juta. Hitung kadar pertumbuhan ekonomi negara tersebut. [2m]



5. Jadual di bawah menunjukkan Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) bagi sebuah negara mengikut jenis aktiviti ekonomi.
Butiran
2018
(RM juta)
2019
(RM juta)
Pertanian
38 600
39 550
Pembuatan
141 544
150 250
Perlombongan
42 658
42 700
Perkhidmatan
152 000
158 200
Bayaran perkhidmatan bank
16 520
20 120
Cukai import
6580
8590
Jumlah penduduk (juta orang)
31.12
32.54
 Berdasarkan jadual diatas,
a) Hitung KDNK pada harga pasar pada tahun 2018 dan 2019. [2m]
b) Hitung peratus sumbangan sektor utama, sektor kedua dan sektor ketiga kepada KDNK harga pasar pada tahun 2019. [4m]
c) Berdasarkan jawapan (b), sektor yang manakah paling penting kepada pertumbuhan ekonomi negara tersebut. Mengapa? [2m]
d) Hitung kadar pertumbuhan ekonomi pada tahun 2019. [2m]
e) Hitung KNK per kapita pada tahun 2018 dan 2019. [4m] 

6. Jadual di bawah menunjukkan data pendapatan negara mengikut kaedah pendapatan.

Jenis pendapatan
RM juta
Upah dan gaji
1 000
Sewa
2 505
Bunga kasar
1 050
Keuntungan syarikat
1 556
Pendapatan perusahaan persendirian
1 850
Cukai keuntungan syarikat
350
Cukai tak langsung
600
Cukai pendapatan individu
300
Bunga atas pinjaman pengguna
200
Bunga atas pinjaman kerajaan
355
Untung tidak dibahagikan
500
Subsidi
100
Susut nilai
250
Caruman KWSP
150
Bayaran pindahan
300




























Berdasarkan jadual di atas, hitung
a) Pendapatan negara [2m]
b) Pendapatan persendirian [2m]
c) Pendapatan boleh guna [2m]
d) Berapakah nilai pendapatan yang termasuk dalam penghitungan pendapatan negara tetapi tidak termasuk dalam pengiraan pendapatan persendirian? [2m]
e) Berapakah nilai pendapatan yang termasuk dalam pengiraan pendapatan persendirian tetapi tidak termasuk dalam penghitungan pendapatan negara? [2m]

  


1 comment:

  1. can you pls send me the answers?to nursabrina6013@gmail.com

    ReplyDelete