1. Jadual di bawah menunjukkan data ekonomi bagi sebuah ekonomi dua sektor.
Pendapatan negara
(RM juta)
|
Perbelanjaan penggunaan
(RM juta)
|
500
|
575
|
625
|
675
|
750
|
775
|
875
|
875
|
1000
|
975
|
(a) Hitung nilai kecendenrungan mengguna sut dan jelaskan maksud nilai tersebut.
(b) Terbitkan fungsi penggunaan dan fungsi tabungan. [3m]
(c) Hitung pendapatan negara keseimbangan jika pelaburan sebanyak RM75 juta. [2m]
(d) Berdasarkan pendekatan AS - AE, lakarkan rajah yang menunjukkan keseimbangan pendapatan negara. [2m]
(e) Jelaskan hubungan antara pendapatan negara dengan penggunaan dan tabungan. [4m]
2. Maklumat di bawah menunjukkan data perbelanjaan agregat bagi sebuah negara.
C = 650 + 0.8Yd
I = 550Semua nilai adalah dalam RM juta.
(a) Tentukan bocoran autonomi pada tingkat pendapatan negara RM5000 juta. [1m]
(b) Terbitkan fungsi tabungan [1m]
(c) Hitung pendapatan negara pada tingkat keseimbangan. [2m]
(d) Lakarkan rajah keseimbangan pendapatan negara mengikut pendekatan suntikan - bocoran. [2m]
(e) Jelaskan tiga (3) faktor yang menyebabkan perbelanjaan penggunaan meningkat. [6m]
3. Maklumat bagi sebuah ekonomi tiga sektor adalah seperti berikut:
C = 200 + 0.75Yd
T = 200 , I = 150 , G = 200Semua nilai adalah dalam RM juta.
(a) Terbitkan fungsi suntikan dan fungsi bocoran [2m]
(b) Hitung keseimbangan pendapatan negara [2m]
(c) Jika pendapatan negara potensi ialah RM2000 juta. Hitung.
(i) Lompang deflasi atau lompang inflasi. [2m]
(ii) Perubahan cukai yang diperlukan untuk mencapai pendapatan negara potensi. [2m]
(d) Jika pendapatan negara potensi ialah RM1000 juta. Hitung.
(i) Lompang deflasi atau lompang inflasi [2m]
(ii) perubahan perbelanjaan kerajaan untuk mencapai pendapatan negara potensi.[2m]
4. Dengan menggunakan pendekatan permintaan agregat - penawaran agregat (AD-AS) . Jelaskan kesan terhadap tingkat harga umum dan keluaran negara benar apabila
(a) Kerajaan menggurangkan perbelanjaan kerajaan. [5m]
(b) Kerajaan menurunkan cukai input. [5m]
No comments:
Post a Comment